Tulisan Rencong versi Semenanjung yang dipanggil Tulisan Melayu (Malay Alphabet)
Tulisan Melayu versi 1 (versi asal)
Tulisan Melayu Malay alphabet (Rencong versi Semenanjung) merupakan satu sistem tulisan yang bersumber dari sistem tulisan Rencong yang diperolehi dari zaman Serivijaya iaitu kerajaan agung Melayu Selatan di Nusantara (nama lain untuk Asia Tenggara).
Tulisan Melayu ini mengandungi 34 huruf iaitu 8 vokal dan 26 konsonan serta 34 diftong. Konsonan dalam bentuk huruf manakala vokal dalam bentuk tanda. tanda vokal boleh diletak di atas atau di bawah dan diletakkan sebelum atau sesudah huruf konsonan.
Tulisan Melayu dalam versi ini tiada huruf kecil maka ia sentiasa ditulis dalam huruf besar. Penyambungan huruf dalam sesuatu perkataan dibolehkan tetapi diawal penulisan ia akan mengelirukan apabila di baca.
Tulisan Melayu versi 2
Tulisan Melayu versi 2
Versi Tulisan Melayu versi 2 ini adalah menjadikan tanda vokal kepada bentuk huruf iaitu ditulis dalam bentuk besar.
Tulisan Melayu versi 3
Tulisan Melayu versi 3
Versi Tulisan Melayu dalam bentuk tegak dengan huruf vokalnya besar. Versi ini hampir menyerupai tulisan Phioneca atau Rumi.
Tulisan Melayu versi 4
Tulisan Melayu versi 4
Versi Tulisan Melayu dalam bentuk tegak tetapi huruf vokal dalam bentuk tanda