Jumaat, 20 Mei 2011

Tulisan Rumi

Tulisan Rumi merupakan sistem tulisan yang diambil dari Sistem Tulisan Roman Inggeris atau senang dipanggil Sistem Tulisan Inggeris. Sistem tulisan ini mengandungi 26 huruf yang terdiri dari 7 vokal dan 19 konsonan. Terdapat dua jenis iaitu huruf besar dan huruf kecil.


Huruf Rumi 26 huruf

Aa   Bb   Cc     Dd   Ee    Ff    Gg   Hh    Ii    Jj    Kk   Ll    Mm   Nn   Oo    Pp   Qq   Rr    Ss   Tt
Uu   Vv   Ww   Xx   Yy    Zz   

Huruf berbold tebal adalah huruf vokal.




Huruf Rumi 29 huruf

Huruf berbold tebal adalah huruf vokal.


Huruf Rumi 40 huruf

Huruf Rumi 40 bermaksud huruf rumi yang mengandungi 40 huruf. Nama rasminya ialah Sistem Huruf RENJI iaitu gabungan nama Rumi, Rencong dan Jawi. Huruf ini juga dipanggil Huruf-huruf Qastan Zarian. Qastan Zarian merupakan nama sebuah negara Melayu purba yang terletak di Perak sekarang ini.

Huruf-huruf Renji menggunakan Sistem Huruf Rumi sebagai tapak kemudian memasukkan beberapa huruf rencong yang difikirkan perlu dengan penggunaan Bahasa Melayu Moden dan memberi bentuk baru yang dapat digunakan bersama huruf-huruf lain. Kemudian mengambil huruf-huruf Jawi yang tidak ada dalam Sistem Tulisan Rumi dan digabung serta diberi bentuk yang lebih sesuai.

Rabu, 20 April 2011

Malay Alphabet; Rencong (versi Semenanjung)

Tulisan Rencong versi Semenanjung yang dipanggil Tulisan Melayu (Malay Alphabet)

Tulisan Melayu versi 1 (versi asal)

Tulisan Melayu Malay alphabet (Rencong versi Semenanjung) merupakan satu sistem tulisan yang bersumber dari sistem tulisan Rencong yang diperolehi dari zaman Serivijaya iaitu kerajaan agung Melayu Selatan di Nusantara (nama lain untuk Asia Tenggara).
Tulisan Melayu ini mengandungi 34 huruf iaitu 8 vokal dan 26 konsonan serta 34 diftong. Konsonan dalam bentuk huruf manakala vokal dalam bentuk tanda. tanda vokal boleh diletak di atas atau di bawah dan diletakkan sebelum atau sesudah huruf konsonan.
Tulisan Melayu dalam versi ini tiada huruf kecil maka ia sentiasa ditulis dalam huruf besar. Penyambungan huruf dalam sesuatu perkataan dibolehkan tetapi diawal penulisan ia akan mengelirukan apabila di baca.


Tulisan Melayu versi 2

Tulisan Melayu versi 2

Versi Tulisan Melayu versi 2 ini adalah menjadikan tanda vokal kepada bentuk huruf iaitu ditulis dalam bentuk besar.


Tulisan Melayu versi 3

Tulisan Melayu versi 3

Versi Tulisan Melayu dalam bentuk tegak dengan huruf vokalnya besar. Versi ini hampir menyerupai tulisan Phioneca atau Rumi.

Tulisan Melayu versi 4

Tulisan Melayu versi 4

Versi Tulisan Melayu dalam bentuk tegak tetapi huruf vokal dalam bentuk tanda